Waktu Haram Shalat
0
comments
Waktu waktu yang diharamkan solat yang berhubung dengan waktu:
- Dari terbit matahari sehingga tegak dengan kadar tombak dengan pandangan mata iaitu bersamaan 16 minit (dalam tempoh 16 minit setelah matahari terbit). Kadar tombak adalah 4 darjah, satu darjah bersamaan 4 minit.
- Dari istiwa (pembahagi dua) matahari sehingga zawal (gelincir). Tempohnya terlalu singkat, diharamkan solat ketika ini. Istiwa bermaksud matahari berada di tengah-tengah langit. Zawal bermaksud condongan matahari di tengah-tengah langit.
- Dari langit kelihatan kekuning-kuningan sehingga maghrib.
- Selepas melaksanakan solat fardu Subuh sehingga terbit matahari.
- Selepas melaksanakan solat fardu Asar sehingga terbenam matahari.
- Solat-solat sunat kerana sabab muta'akhkhir (sebab terkemudian). Ia terbahagi kepada enam: solat sunat Ihram, solat sunat istikharah, solat sunat keluar dari rumah, solat sunat musafir, solat sunat Qatl, dan solat sunat hajat.
- Solat sunat mutlak, iaitu solat yang tanpa sebab dan tiada waktunya seperti solat tasbih dan sebagainya yang tiada waktu yang khusus untuk melaksanakannya.
- Tempat: Tanah Haram Mekah, iaitu di dalam Masjidil Haram dan kawasan-kawasan Tanah Haram di Mekah, maka dibolehkan solat di kawasan ini pada bila-bila waktu tanpa ada waktu yang diharamkan.
- Waktu: Dari waktu istiwa sehingga zawal pada hari Jumaat.
Hukum solat ketika khutbah Jumaat - Apabila khatib sedang berkhutbah di atas mimbar, maka diharamkan untuk solat walaupun solat itu adalah solat qada kecuali solat sunat tahiyyatul masjid dan diwajibkan untuk meringankan (mempercepatkan) solat tahiyyatul masjid itu dan tidak boleh menambah dua rakaat lagi selain daripada solat tahiyyatul masjid yang tadi.
*Ihtimal bermaksud menyuruh membawa berkenaan barang, surat, perintah, dan lain-lain (sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia).
**Takwil bermaksud keterangan atau penjelasan mengenai sesuatu; tafsir (sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia).
Sumber: Portal Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur